Showing posts with label Tentang Cinta. Show all posts
Showing posts with label Tentang Cinta. Show all posts

★ LAPAN (8) TENTANG CINTA ★


LAPAN (8) KUNCI CINTA KEKAL ABADI




1)      Pilih orang minat yang sama.
2)      Buat baik andai mahu kekasih yang baik.
3)      Sentiasa sedar tiada siapa yang sempurna.
4)      Hargai pendapat si dia.
5)      Memahami situasi si dia yang tidak semestinya bersama kamu sepanjang masa.
6)      Komunikasi yang baik sangat penting.
7)      Jangan biarkan factor luaran seperti stress menjejaskan perhubungan kamu.
8)      Bertolak ansur antara satu sama lain.



 LAPAN (8) ADAT DALAM BERCINTA



1)      Cemburu
-          Cemburu itu tandanya sayang, jadi bukan satu yang luar biasalah apabila dalam bercinta wujudnya perasaan cemburu.

2)      Berselisihan Faham
-          Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan bercinta. Adakalanya perselisihan lah cara untuk kamu dan si dia saling mengenali antara satu sama lain.

3)      Perasaan Bosan
-          Lama bercinta perasaan bosan itu pasti akan wujud dan kerana itulah perlunya variasi dalam perhubungan agar hubungan tidak tertumpu hanya pada satu perkara sahaja.

4)      Halangan & Dugaan
-          Dalam bercinta kalau tidak ada halangan bukanlah bercinta namanya. Jadi jangan takut pada cabaran kerana itu adalah adat dalam bercinta.

5)      Masalah Mencari Keserasian
-          Di besarkan dalam dunia yang berbeza jadi sudah tentulah sukar untuk mencari keserasian. Jadi adatlah dalam bercinta apabila berhadapan dengan masalah apabila mencari keserasian.

6)      Kehadiran Orang Ketiga
-          Adatlah apabila orang bercinta, akan hadirnya orang ketiga. Semua ini adalah dugaan dan kerana itulah perlunya kekuatan untuk melawan kehadiran orang ketiga ini.

7)      Setiap Saat Perlu Di Laporkan
-          Apabila bercinta setiap saat di rasakan sangat penting dan kerana itulah apabila berjauhan sekalipun kamu perlu melaporkan pada si dia apa yang kamu lakukan.

8)      Berkongsi
-          Orang yang di lamun bercinta akan berkongsi semuanya bukan sahaja waktu senang malah waktu susah juga. Jadi jangan peliklah kalau perkongsian merupakan salah satu adat bercinta.


-p/s : semua ni saya taip sendiri tau! sumber di ambil dari majalah lama-



BILA CINTA INI MENANGIS DI DALAM HATI




Awak mesej saya pagi ini, awak kata nak pergi ke luar negara atas urusan kerja, jikalau selama bertahun, 3 tahun kita tak dapat berhubung, jikalau berbulan, saya akan tunggu.
Tapi bertahun tu, awak.... Saya tak nak... Saya kecewa di saat awak hendak pergi tanpa memberi saya ikatan yang sah even kita tidak pernah berjumpa. Awak dah beri janji pada saya dan saya akan ingat selamanya... 

Tapi tiga tahun itu, kita tak tahu apa yang akan terjadi awak, bayangkan awak akan jumpa wanita lebih baik di sana :(

Bayangkan jika diri saya jatuh cinta pada lelaki lain... :(

Seandainya awak lupakan saya, tapi saya tak akan pernah lupa janji awak kat saya... Saya kecewa giler awak... Tak mesej sehari saya sudah rindu awak, apatah lagi bertahun..

Saya tahu awak nak berjaya di luar sana, tapi saya... Hati saya sekali lagi hancur... Saya takut awak akan jatuh cinta pada orang lain.... :(

Saya takut awak akan lupa janji awak, takut awak tidak mahu bersama dengan saya... Merasa kecewa dan menangis dalam hati sangat pedih awak... Saya tak boleh menangis di depan orang... Saya malu...
Saya sedar saya siapa.. Saya tahu hanya awak sudi bersama dengan saya... Membuat saya percaya pada awak...

Awak, maafkan saya jika saya selalu banyak buat salah pada awak, saya marah-marah awak kerana saya sayang kat awak.. Saya nak kan perhatian dari awak seorang... 

Andainya saya bukan jodoh awak, maafkan saya awak... Saya akan tunggu awak selagi saya mampu...
Awak jagalah diri... 

SAYA SAYANG AWAK...


★ KATA_KATA CINTA ★



KATA-KATA CINTA





NIRWANA - SUDAH CUKUP SUDAH


APA ITU SUKA, SAYANG DAN CINTA?


Bila cinta itu dirasakan indah, sudah pasti akan merasa pedihnya. Jangan berkata bahawa anda akan bahagia selamanya, kerana itu hanya lah dusta. Sebaliknya, kebahagiaan akan sempurna jika terjadinya sesuatu perkara yang membuat kita matang. Sedih, kecewa, cemburu, marah dan sewaktunya, semua terjadi ada hikmahnya. Setiap pasangan tak kira yang sudah berkahwin atau hanya berpacaran, pasti akan melalui semua ini. Cinta, kasih sayang dan suka itu lahirnya dari hati tanpa paksaan malah ia hadir untuk melengkapkan kehidupan seharian kita. Jangan bohong jika anda berkata cinta itu tidak penting, itu bermakna anda tidak percaya cinta itu datangnya dari Tuhan Yang Maha Esa, diturunkan ke hati kita, agar kita merasa perasaan unik ini.

Suka? “Saya suka awak”. Perkataan ini diucapkan bila kita merasakan kita suka pada seseorang tetapi ia bukannya cinta. Ia seperti kita menyukai sesuatu yang belum tentu milik kita. Kerana bak kata pepatah, ‘Tidak semestinya kesukaan itu akan menjadi milik kita’. Perasaan suka akan menjadi sayang, bila kita terlalu rapat dengan orang yang kita suka itu.

Sayang? “Awak tau tau, saya sayang awak”. Ramai yang keliru dengan ucapan sayang ini. Yup, terlalu ramai. Ada yang memikirkan sayang itu seperti cinta dan suka. Saya juga berpikir sebegitu. Sayang itu ada banyak maknanya. Juga kepada orang yang berbeza. Sayang bolah di tujukan kepada sesiapa yang anda sayang. Seperti sahabat, adik beradik, keluarga, dan sesiapa sahaja yang penting dalam kehidupan mereka. Tetapi anda harus ucapkan kata sayang itu dengan perkataan dan ayat yang sesuai, jadi berhati-hati ok? Bila dah sayang, pasti akan munculnya perasaan yang dipanggil cinta.

Cinta? “Dari dulu, saya memang sudah mencintai awak”. Cinta itu banyak maknanya. Tiada siapa boleh mentafsirkan apa itu cinta dengan benar. Setiap orang mempunyai makna kepada sebuah cinta. Bila mereka mencintai seseorang, pasti mempunyai pendapat yang berbeza. Melalui pembacaan saya tak kira di mana saya berada, mendengarkan perkataan cinta, ramai yang memberi kenyataan ini, “Cinta itu indah bila kita bersama dengan seseorang yang kita cinta dan sayang.” Saya setuju. Namu, anda tau tak, cinta itu juga sakit? Bak kata pepatah, Berani bercinta, berani terima kenyataan jika dikecewakan. Bagi saya, cinta itu menjadikan saya matang sematangnya. Sehingga saya hanya berserah jodoh itu di tangan Tuhan. Kerana Dia lebih berkuasa di atas segalanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...