Showing posts with label Rahsia. Show all posts
Showing posts with label Rahsia. Show all posts

RAHSIA HURUF PADA NAMA


RAHSIA HURUF PADA NAMA





Sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan anda, baik dia suami, isteri, boyfriend mahupun girlfriend. Seelok-eloknya ambil pen dan cuba gabungkan huruf-huruf berkenaan dan buat definisi sendiri. Ingat, tak wajib betul harus salah, sekadar nak mengenal siapakah dia yang kita mahu menjalinkan cinta kedua tu dan siapakah kita yang tak reti-reti puas tu dan siapakah dia pasangan kita yang sedia ada. 

Yang betul itu kebetulan. Jika ia baik ransang terus, jika salah itu juga kebetulan. Jika ia tak baik maka hapus terus.



A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E = anda sentiasa seorang yang exited.
F = semua orang menyayangi.
G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.
I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
J = anda seorang yang cemburu.
K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L = anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
M = kejayaan mudah datang kepada anda.
N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O = anda seorang yang berfikiran terbuka.
P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.
R = anda seorang yang gemar bersosial.
S = anda sangat broad-minded.
T = anda ada sikap canggih, amat canggih.
U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.
V = fizikal anda baik sekali.
W = anda suka menyendiri.
X = anda tak akan benarkan org bagitahu anda apa yg patut anda buat.
Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang.




Cuba gabungkan makna-makna huruf ni ikut ejaan nama anda.



Contohnya, Ini nama sebenar saya, hehe ::

F = semua orang menyayangi.

I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

E = anda sentiasa seorang yang exited.

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.





Disitu kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga untuk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dari perbezaan. Hendak cari perbezaan memang seratus kita akan jumpa dan hendak cari perbezaan, seribu yang akan menjelma.


Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang2nya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita, atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tak ada, tapi kita yang belum jumpa.


Akhir kata, selamat bercinta buat kali pertama dan itulah yang pertama dan terakhir. Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.



★ TENTANG TAHI LALAT...? ★

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya. Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat.



TANDA FIRASAT

  • bibir atas kanan banyak rezeki, pandai
  • bibir atas kiri ramai kawan, baik hati
  • bibir bawah kanan disegani orang, ramai yg suka
  • bibir bawah kiri pandai bicara, tak mudah kalah
  • leher kanan cerdas, jujur, berani menderita
  • leher kiri cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  • leher di tengah tercapai cita-cita
  • biji mata kanan suka serong dan pembohong
  • biji mata kiri pembohong tetapi baik hati
  • hujung mata kanan baik hati, sopan santun, cerdas
  • hujung mata kiri baik budi, murah rezeki
  • punggung kanan agak mengalami kesulitan
  • punggung kiri malas dan suka duduk
  • betis kanan suka berhibur, boros
  • betis kiri rajin,tidak suka menganggur
  • lutut kanan bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
  • lutut kiri kurang kuat berusaha
  • kepala sebelah kanan terkabul cita-cita
  • kepala sebelah kiri sering menemui kesusahan
  • kepala sebelah belakang jujur, sabar dan tekun
  • kening kanan cerdas dan cekap
  • kening kiri cerdas, sopan santun
  • tengah kening keras hati, berani segala hal
  • hujung mulut kanan kecil rezeki, tak mudah kalah
  • hujung mulut kiri suka berpoya-poya
  • ketiak kanan dapat menyimpan rahsia
  • ketiak kiri jujur, banyak yang cinta
  • pergelangan kaki kanan suka berpergian (keluar rumah)
  • pergelangan kaki kiri kehendak kuat
  • batang hidung banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  • pada hidung banyak rezeki
  • dagu bawah kanan jujur dan baik hati
  • dagu bawah kiri bijak sana dan berbudi luhur
  • kemaluan kanan atau kiri baik, suka senggama
  • di kepala kemaluan (lelaki) bakal beristeri 2
  • tumit kanan jujur dan banyak kawan
  • tumit kiri baik budi
  • alis kanan suka menolong, baik hati
  • alis kiri ramai yang suka
  • pangkal peha kanan kemahuan kuat
  • pangkal peha kiri suka kerja apa pun
  • telapak kaki kanan tak mudah mengeluh
  • jari kaki kanan suka menolong
  • jari kaki kiri berbudi, suka berbuat baik
  • bahu kanan cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
  • bahu kiri suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  • buah dada kanan baik hati, pendiam,simpan rahsia
  • buah dada kiri ramai kawan, setia pada pasangan
  • lengan kanan setia dan taat pada atasan
  • lengan kiri menepati janji dan rajin
  • pipi kanan ramai teman
  • tengah-tengah pipi kanan ramai yg suka
  • tengah-tengah pipi kiri ramai teman
  • ubun-ubun kurang jujur
  • pusat cerdas, tangkas, tekun
  • pusat bahagian kanan sejahtera dalam hidup
  • pusat bahagian kiri beroleh kemuliaan
  • pinggang kanan sayang pada pasangan hidup
  • pinggang kiri disayang pasangan hidup
  • dada kanan dapat mengatasi masalah
  • dada kiri berani, jujur dan sabar
  • telapak kaki kanan tidak mudah mengeluh
  • telapak kaki kiri baik budi pekertinya
  • siku tangan kanan kuat ingin memiliki kekayaan
  • siku tangan kiri baik hati, suka menolong
  • jari tangan kanan serba beroleh keuntungan
  • jari tangan kiri serba baik bekerja
  • jari telapak tangan kanan banyak rezeki tapi boros
  • jari telapak tangan kiri banyak rezeki dan cermat
  • pergelangan tangan kanan boros, suka bersukaria
  • pergelangan tangan kiri dapat berpangkat
  • perut bawah kanan banyak rezeki, suka memberi maaf
  • perut bawah kiri baik hati, tenang hidupnya
  • sudut mata kanan dalam disayang suami atau isteri
  • sudut mata kiri dalam tidak mudah dilupakan pasangan
  • sudut mata kanan luar baik budi, ramai yg cinta
  • pelipis kiri murah rezeki, dpt jadi kaya
  • pelipis kanan serba berhasil dalam usaha
  • kelopak mata kanan atas baik hati, ramah, berjaya
  • kelopak mata kiri atas baik budi, ramai yg suka
  • kelopak mata kanan bawah agak malas
  • kelopak mata kiri bawah agak bodoh, kurang bijaksana





*Apa macam? Korang punya tahi lalat di mana? Di punggung ada? Haha :P

-rePost-





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...