Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts

Cerita Pendek = Roh Sehari

Aku masih ingat aku mimpi aku tak bangun satu hari, seperti koma. Bila aku hendak bangun, roh aku seakan-akan di tarik. Kemudian roh aku berterbangan di suatu tempat, iaitu di sebuah hospital. Kemudian roh aku ke arah sebuah bilik rawatan yang agak mewah. Kelihatan seorang gadis muda kira-kira berumur 16 tahun sedang berbaring lesu dengan wajah yang pucat, namun agak cantik orangnya. 


Hati aku tetiba terdetik untuk menyentuh wajah gadis itu. Tanpa disangka, tetiba roh aku ditarik dan memasuki tubuh badan gadis itu.
 "Arghh!!!" aku tetiba menjerit. Aku terbangun dari tidur. Masuk lah seorang doktor dan seorang nurse bergegas ke arah aku, dan segera memeriksa aku. Aku panik dan segera melawan namun datang pula sekumpulan keluarga yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita yang agak tua rupanya namun jelita. Aku terdiam sebaik sahaja melihat seorang lelaki muda yang panik melihat aku. 'Aik, hensem la juga. Agaknya, sape la nie erk?' soal ku dalam hati. Aku diam termalu. Tak lama selepas itu, aku baru sedar bahawa rupanya roh aku telah memasuki tubuh gadis ini. Ah! Biar betul! Lama aku hendak menerima kenyataan ini, akhirnya aku dapat menyesuaikan diri.

Setelah doktor mengesahkan aku, ah tidak, gadis yang aku rasuk ni dah sedar dari koma selama sebulan lebih, aku dibiarkan pulang dan disahkan mengalami amnesia iaitu hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya apabila aku tidak mengenali mereka bertiga. Of course, aku bukan budak ni la... Dua orang tua yang berada di depanku adalah ibu bapa aku. Oh ya, nama tuan punya badan ni Jessica. Dan lelaki muda ni diperkenalkan sebagai Mir. Hensem aih hahaha.. Macam penyanyi korea MBLAG hehe ^_^ 
                                                       

Agak segan aku berdepan dengan mereka namun aku biasakan juga hinggakan satu hari aku jatuh cinta kepada abang aku sendiri, Mir. Bukan abang aku tau!! Abang budak perempuan yang aku rasuk ni hehe.. Namun takdir menyebelahi aku apabila Mir hanya abang tiri aku kerana ibu aku berkahwin sekali lagi. Hahaha...Untung aku. Tapi aku ni siapa??? Jika aku beritahu perkara ni kepada Mir, tentu Mir takkan percaya, begitu juga ibu bapa aku. Hmmm...ibu bapa Jessica sebenarnya... Kerana perasaan cinta aku kepada Mir, akhirnya aku meluahkan perasaan aku kepadanya. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga menyukai aku. Hmmm,...agaknya, dia menyukai Jessica, bukannya aku...
Kemudian aku berterus terang kepadanya bahawa aku adalah Abbie yang merasuk badan Jessica. Tapi bukan merasuk macam cerita Santau Merasuk tu ok????hehe... Pada mulanya Mir tidak percaya, namun setelah aku menyakinkannya, akhirnya Mir percaya. Mir ingin melihat siapa sebenarnya aku, namun aku enggan kerana aku tidaklah secantik dan sekaya Jessica. Aku hanya lah gadis biasa. Akhirnya Mir mengalah dengan keengganan aku. Dan dia berjanji akan membawa aku berjumpa dengan sahabat rapatnya.
 Keesokkan paginya, Mir membawa aku berjumpa dengan rakannya. Aku benar-benar terkejut. Kenapa semua rakan-rakan Mir berwajah artis persis seperti penyanyi korea MBLAG??? OH MY GOD! Aku memang terkejut giler tapi aku teramat gembira hahahaha!!!


Kemudian Mir dan rakan-rakannya menyanyikan sebuah lagu kepada ku tanda sekembalinya aku dari hospital. Agaknya mereka tak tau yang aku bukan Jessica hehe... Aku memandang Mir dan dia tersenyum melihatku. Adohai....Luruh jantung aku melihatnye hihi.... Tiba-tiba Mir memeluk ku. Dan aku terasa seperti mengalami kejutan eletrik dan aku pengsan dalam pangkuan Mir. Aku hanya dapat dengar bunyi sayup-sayup orang memanggil nama Jessica...

Aku terbangun dari tidur. Arghh!!! Sakitnya kepala ku! Sejurus itu aku terlihat ramai orang di sekeliling ku. Ah, Mir! Aku segera bangun dan hendak memeluknya namun tak dapat. Aku gelabah melihat Mir dan ibu bapa ku tidak memberi reaksi ketika aku bangun. Aku bangun dan berlari menuju ke arah mereka tapi...
Aku menangis... Aku sudah tidak lagi berada di badan Jessica! Aku sekarang ialah ROH! Aku menuju ke arah tubuh Jessica yang terbaring lesu. Aku ingin menyentuh pipi Jessica agar aku dapat masuk kembali ke tubuh Jessica. Namun tak dapat. Ku pandang ibu bapa Jessica yang kesedihan. Mir yang murung. Aku mengalah, aku sudah tidak dapat lagi memasuki tubuh Jessica. Aku menyentuh tangan Jessica. Tetiba roh aku ditarik masuk ke dalam otak Jessica.


Di situ, aku terlihat Jessica yang duduk termenung di atas batu. Wajahnya pucat lesi, seperti mayat hidup. Dia menangis. Suasana suram dan agak menyeramkan. Aku perlahan-lahan menuju ke arahnya. Dia hanya memandang aku dan wajah yang cukup menyedihkan.... Aku menangis, hatiku hiba. Aku menyuruhnya kembali bersemangat tetapi Jessica enggan. Akhirnya aku berterus terang bahawa Mir mencintainya. Jessica memandang aku, seraya itu, dia tersenyum. Tetiba suasana yang suram menjadi cerah dan ceria. Wajah Jessica berubah juga, pucat lesi ke arah cantik jelita. Dia sangat gembira. Aku tersenyum. Sejurus itu, roh aku di tolaj dan keluar dari tubuh Jessica. Aku melihat Jessica sudah sedar. Mir dan ibu bapa Jessica gembira dengan kesedarannya. Aku senyum. Sebelum aku pergi, aku melihat Mir buat kali terakhir....

Aku tersedar dari tidur. Adoi!!! sakitnya kepala aku! Aku sudah terbangun dari tidur. Cis! Sape lak yang kejutkan aku huhu~~~ Aku bangun dari katil. Tetiba aku terkejut melihat ibu dan kakak aku berlari menuju ke arahku. Aku terpana. "Mak??? Bie kat sini lah!" aku jerit sekuat hati. Namun mak dan kakak tidak menoleh ke arahku.
 Sebaliknya aku menoleh ke arah katil. Aku menangis. Ya Tuhanku! Kenapa tubuh aku terbaring atas katil sedangkan aku berdiri di tepi katil??? Aku memandang di atas meja. Ya, aku bunuh diri kerana tekanan.. Tekanan yang tiada tandingannya... Maafkan aku.... Aku ialah Roh yang berkeliaran kerana cita dan hajatku tak kesampaian...


THE END



(Cerita ini tiada kena mengena yang hidup ataupun yang mati)

PasaL saYa yg tak SpeciaL ni

SaYa ni bkn nye special sgt pun..biasa2x jew...saya cuma Nak diri saYa dihargaI dan DisayaNGi, tu jew... sbb Nanti saYa akaN balaS baLik dgn menyayanginya :)
Byk sgt Benda yg berLaku dlm Diri saYa paDa tahuN ni..Nk kata malanG tak lh JGk...SaYa byk kwn Yg menyokong saYa...saYa syG mrk suMe ><


waLauapaPun, saya bersYukur pada Tuhan krn MemberI saya PeluanG meliHat dunia Ini...
hehe..menariknya, SetiAp kaLi saya puTus cinta dlM masa 4tahun ni, setiap kaLi tu le saYa potong ramBUt.. MaknaNya 4 kali breAk, 4 kaLi la Potong..NK tgk ke??

Ni yaNg first:: taHun 2008-2009



secOnd:: ujung Tahun 2009-2010




third:: pertengahan tahUn 2010



fourTh:: yg skrg, xde la gunting haha...just biar die pnjng jew...




Tahun 2011




2012




Nk tau Je psL saYa, add je saYa lam FB ye.. Peace No War! 

★ PENGENALAN PASAL SAYA ★

Hai awak sume...Saya Abbie Kimi, panggil sahaja saya Abbie ataupun Kimi, janji sedap dipanggil ok? Saya tak banyak pun cakap  pasal saya dan dia. Saya cuma nak kongsi pengalaman saya sahaja bersama anda semua. 

Hubungan saya dan dia tak ada kaitan dengan orang lain. Cuma dunia ini hanya antara saya dengan dia ketika saya berumur 18 tahun. Macam mabuk cinta atau cinta buta hehe....Tapi itu dulu tau, dah 3 tahun berlalu. Dia dah kahwin dan tak lama lagi ada anak. Saya pun  berkawan dengan bini dia tu. Agak cantik lah huhu...Tapi saya dah tak cemburu macam dulu sewaktu dia minta putus dengan saya. Saya sekarang cuma mendoakan dia dengan bini dia tu bahagia selalu dan dimurahkan rezeki...

Sebelum saya bercinta dengan dia ni, saya memang ramai peminat time masih kat sekolah hehe... Sampai kan ada beberapa pucuk surat, tp tak lah banyak...tp bagi saya banyak tu.... Tapi saya reply pendek-pendek je sbb tak berminat haha...Kesian tgk mereka. Mereka tu suka saya sbb saya berambut panjang dn selalu senyum bila mereka tegur saya. Yalah, masih budak kecik lagi kira-kira umur 12-16 tahun rasanya lh ehe... Lepas saya tamat sekolah form 5, tak ada lagi saya dgr khabar mereka...entah lh, merajok kot huhu...

Sekarang pun saya tak sgt serius dalam hal cinta...sehingga lah saya bertemu dengan dia...Dia sgt berlainan dr org lain, sgt caring...saya ingat boleh kawan je tapi tiba-tiba bercinta lak hehe....tapi sgt cemburu...aduh, sgt susah...tapi dia menjaga saya....I lOve U <3

                                                       Kiss Me baBy muachhhxxxx!!!!! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...