APA ITU SUKA, SAYANG DAN CINTA?


Bila cinta itu dirasakan indah, sudah pasti akan merasa pedihnya. Jangan berkata bahawa anda akan bahagia selamanya, kerana itu hanya lah dusta. Sebaliknya, kebahagiaan akan sempurna jika terjadinya sesuatu perkara yang membuat kita matang. Sedih, kecewa, cemburu, marah dan sewaktunya, semua terjadi ada hikmahnya. Setiap pasangan tak kira yang sudah berkahwin atau hanya berpacaran, pasti akan melalui semua ini. Cinta, kasih sayang dan suka itu lahirnya dari hati tanpa paksaan malah ia hadir untuk melengkapkan kehidupan seharian kita. Jangan bohong jika anda berkata cinta itu tidak penting, itu bermakna anda tidak percaya cinta itu datangnya dari Tuhan Yang Maha Esa, diturunkan ke hati kita, agar kita merasa perasaan unik ini.

Suka? “Saya suka awak”. Perkataan ini diucapkan bila kita merasakan kita suka pada seseorang tetapi ia bukannya cinta. Ia seperti kita menyukai sesuatu yang belum tentu milik kita. Kerana bak kata pepatah, ‘Tidak semestinya kesukaan itu akan menjadi milik kita’. Perasaan suka akan menjadi sayang, bila kita terlalu rapat dengan orang yang kita suka itu.

Sayang? “Awak tau tau, saya sayang awak”. Ramai yang keliru dengan ucapan sayang ini. Yup, terlalu ramai. Ada yang memikirkan sayang itu seperti cinta dan suka. Saya juga berpikir sebegitu. Sayang itu ada banyak maknanya. Juga kepada orang yang berbeza. Sayang bolah di tujukan kepada sesiapa yang anda sayang. Seperti sahabat, adik beradik, keluarga, dan sesiapa sahaja yang penting dalam kehidupan mereka. Tetapi anda harus ucapkan kata sayang itu dengan perkataan dan ayat yang sesuai, jadi berhati-hati ok? Bila dah sayang, pasti akan munculnya perasaan yang dipanggil cinta.

Cinta? “Dari dulu, saya memang sudah mencintai awak”. Cinta itu banyak maknanya. Tiada siapa boleh mentafsirkan apa itu cinta dengan benar. Setiap orang mempunyai makna kepada sebuah cinta. Bila mereka mencintai seseorang, pasti mempunyai pendapat yang berbeza. Melalui pembacaan saya tak kira di mana saya berada, mendengarkan perkataan cinta, ramai yang memberi kenyataan ini, “Cinta itu indah bila kita bersama dengan seseorang yang kita cinta dan sayang.” Saya setuju. Namu, anda tau tak, cinta itu juga sakit? Bak kata pepatah, Berani bercinta, berani terima kenyataan jika dikecewakan. Bagi saya, cinta itu menjadikan saya matang sematangnya. Sehingga saya hanya berserah jodoh itu di tangan Tuhan. Kerana Dia lebih berkuasa di atas segalanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...