TUTORIAL MEMBUAT BOX DISPLAY MENGGUNAKAN VISUAL BASIC 2008 ATAU 2010


TUTORIAL MEMBUAT BOX DISPLAY

Hari ni aku rajin nak updated blog, buat entry baru. Kali ni, aku nak share sedikit ilmu yang aku belajar di kolej aku dulu. Subjek yang aku ambil ialah Diploma In Information Technologi. Topik kali ni ialah mengenai Visual Vasic yang ada di salah satu pelajaran yang aku belajar. Baiklah, tanpa membuang masa, korang tengok gambar di bawah.


Ini adalah salah satu kerja rumah yang aku buat menggunakan Visual Basic 2008. Kalau korang nak guna VB 2010 pun boleh juga. Tapi saya lebih senang guna 2008.
Kegunaan DISPLAY BOX ini adalah untuk display berapa banyak perkataan yang korang nak tunjukkan. Contohnya 20 word, maka, perkataan I AM A HACKER akan keluar sebanyak 20 perkataan.
Macam mana nak buat? Korang stay tuned kat entry ini..

PERTAMA

Korang buka Visual Basic. Kemudian klik CREATE PROJECT. Contoh gambar di bawah.


Lepas klik, akan keluar box. Korang boleh isi tajuk projek korang tu. Contoh di bawah.
Korang ikut saja nombor 1 sampai 4 tu ok?


KEDUA
Lepas korang tekan OK tadi, akan keluar new page. Rupanya macam gambar contoh di bawah.


Lepas tu, korang kena edit nama Form1 di atas. Contoh gambar di bawah.



Kemudian, untuk buat label, korang pergi tool di sebelah kiri. Korang klik LABEL (A). contoh gambar di bawah.

Bila korang dah klik Label (A) tu, korang klik kat Form1 (BOX DISPLAY) tadi. Maknanya, korang letak label dekat form tadi. Contoh gambar di bawah.


Kemudian, korang boleh edit nama pada Label1 tu. Korang juga boleh edit word, color, size. Contoh gambar di bawah.


Okey, lepas itu, korang pergi dekat tool balik. Korang cari dan klik TextBox. Lepas tu, korang klik kat form tadi. Contoh gambar di bawah.



Lepas tu, untuk buat button pula, korang pergi dekat Tool lagi, cari Button.
Klik button dan letak kat form. Contoh gambar di bawah. Kalau korang tak jumpa Button, korang kena klik COMMON CONTROLS yang saya kotakkan warna biru itu.


Kemudian, korang edit Button 1 tadi dengan nama, saiz dan warna pun boleh. Contoh di bawah.


Okey, lepas itu, korang kena pergi lagi dekat Tool, cari ListBox. Contoh gambar di bawah.



Sekarang, kita hampir ke langkah ketiga. Korang klik button DISPLAY dua kali sampai keluar tab di sebelah. Contoh di bawah.



KETIGA
Korang copy coding ini.

Dim Lines As Integer
        Dim add_asterix As String = ""

        Lines = CInt(txtCount.Text)

        For i As Integer = 1 To Lines
            add_asterix = add_asterix & "HELLO"
        Next
        ListTable.Items.Add(add_asterix)



Dah copy? Sekarang korang paste kan di antara code yang kosong. Contoh gambar di bawah.
Yang saya kotakkan warna biru tu, korang boleh tuka perkataan sendiri. Malah letak symbol seperti bintang, bulan, love, apa saja.



KEEMPAT
Bila korang dah letak coding tu, mesti korang Nampak error garisan biru di coding tertentu kan? Meh saya tunjuk kan kenapa ia jadi begitu. Baik lah, korang pergi kat form balik.

A)     Korang klik kat DISPLAY YOUR LUCKY NUMBER IN HERE. Kemudian korang kena ubah something di properties di sebelah kanan. Contoh gambar di bawah.
Korang kena ikut perkataan itu. Kalau tak jelas, tengok kat sini lblMessage


B)     Lepas tu, korang klik box di bawah. Kita buat kaedah yang sama. Contoh gambar di bawah.


Yang penting, mesti sebijik, serupa ok? Penting supaya tiada error. Nak lebih jelas perkataan, tengok sini txtCount


C)  Kemudian, korang klik lagi button DISPLAY. Kita akan ikut saja kaedah tadi. Contoh gambar di bawah.
Nak jelas lagi perkataan itu, tengok sini btnDisplay


D) lepas tu, kita sekali lagi klik kat LISTBOX1. Ikut kaedah yang sama. Contoh gambar di bawah.
Untuk perkataan lebih jelas, tengok kat sini ListTable
Semua dah selesai edit mengedit kan? Jom pergi langkah kelima.



KELIMA

Dah edit semua, pastikan tiada error okey? Kalau ada error, inform kat sana. Kalau takda, bagus sangat hehe..

Okey, kali ni korang kena display form untuk korang guna. Caranya, contoh di bawah.
Korang kena klik bentuk anak panah warna hijau tu untuk start dia punya function.


Sesudah korang klik dan tiada error, keluarlah display yang korang nak. Contoh gambar dibawah


Lepas tu, kalau korang nak tutup, just klik X button.

Apa lagi, habis ler hehehe…. SEMOGA BERJAYA!
Opsss……tapi pastikan, korang kena SAVE kerja korang tu juga ok? J

Sekarang pukul 12.02am.



Tips untuk mencantikkan box Display korang tu. Korang boleh tambah background macam saya punya box yang 1st picture tadi. Caranya macam ni.
First, korang kena klik kat kotak form tu.


Kemudian akan keluar box macam gambar di bawah.









Lepas tu, siap lah… Korang leh tengok dengan klik button hijau tadi. Tak tahu? Tengok step KELIMA.
Dah tu, siap lah hahaha… k, bye! Kita jumpa di tutorial yang lain erk? Maybe tutorial buat box untuk HACK FACEBOOK? Mana tahu kan hahahaha J




































No comments:

Post a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...