Cerita Pendek = Roh Sehari

Aku masih ingat aku mimpi aku tak bangun satu hari, seperti koma. Bila aku hendak bangun, roh aku seakan-akan di tarik. Kemudian roh aku berterbangan di suatu tempat, iaitu di sebuah hospital. Kemudian roh aku ke arah sebuah bilik rawatan yang agak mewah. Kelihatan seorang gadis muda kira-kira berumur 16 tahun sedang berbaring lesu dengan wajah yang pucat, namun agak cantik orangnya. 


Hati aku tetiba terdetik untuk menyentuh wajah gadis itu. Tanpa disangka, tetiba roh aku ditarik dan memasuki tubuh badan gadis itu.
 "Arghh!!!" aku tetiba menjerit. Aku terbangun dari tidur. Masuk lah seorang doktor dan seorang nurse bergegas ke arah aku, dan segera memeriksa aku. Aku panik dan segera melawan namun datang pula sekumpulan keluarga yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita yang agak tua rupanya namun jelita. Aku terdiam sebaik sahaja melihat seorang lelaki muda yang panik melihat aku. 'Aik, hensem la juga. Agaknya, sape la nie erk?' soal ku dalam hati. Aku diam termalu. Tak lama selepas itu, aku baru sedar bahawa rupanya roh aku telah memasuki tubuh gadis ini. Ah! Biar betul! Lama aku hendak menerima kenyataan ini, akhirnya aku dapat menyesuaikan diri.

Setelah doktor mengesahkan aku, ah tidak, gadis yang aku rasuk ni dah sedar dari koma selama sebulan lebih, aku dibiarkan pulang dan disahkan mengalami amnesia iaitu hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya apabila aku tidak mengenali mereka bertiga. Of course, aku bukan budak ni la... Dua orang tua yang berada di depanku adalah ibu bapa aku. Oh ya, nama tuan punya badan ni Jessica. Dan lelaki muda ni diperkenalkan sebagai Mir. Hensem aih hahaha.. Macam penyanyi korea MBLAG hehe ^_^ 
                                                       

Agak segan aku berdepan dengan mereka namun aku biasakan juga hinggakan satu hari aku jatuh cinta kepada abang aku sendiri, Mir. Bukan abang aku tau!! Abang budak perempuan yang aku rasuk ni hehe.. Namun takdir menyebelahi aku apabila Mir hanya abang tiri aku kerana ibu aku berkahwin sekali lagi. Hahaha...Untung aku. Tapi aku ni siapa??? Jika aku beritahu perkara ni kepada Mir, tentu Mir takkan percaya, begitu juga ibu bapa aku. Hmmm...ibu bapa Jessica sebenarnya... Kerana perasaan cinta aku kepada Mir, akhirnya aku meluahkan perasaan aku kepadanya. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga menyukai aku. Hmmm,...agaknya, dia menyukai Jessica, bukannya aku...
Kemudian aku berterus terang kepadanya bahawa aku adalah Abbie yang merasuk badan Jessica. Tapi bukan merasuk macam cerita Santau Merasuk tu ok????hehe... Pada mulanya Mir tidak percaya, namun setelah aku menyakinkannya, akhirnya Mir percaya. Mir ingin melihat siapa sebenarnya aku, namun aku enggan kerana aku tidaklah secantik dan sekaya Jessica. Aku hanya lah gadis biasa. Akhirnya Mir mengalah dengan keengganan aku. Dan dia berjanji akan membawa aku berjumpa dengan sahabat rapatnya.
 Keesokkan paginya, Mir membawa aku berjumpa dengan rakannya. Aku benar-benar terkejut. Kenapa semua rakan-rakan Mir berwajah artis persis seperti penyanyi korea MBLAG??? OH MY GOD! Aku memang terkejut giler tapi aku teramat gembira hahahaha!!!


Kemudian Mir dan rakan-rakannya menyanyikan sebuah lagu kepada ku tanda sekembalinya aku dari hospital. Agaknya mereka tak tau yang aku bukan Jessica hehe... Aku memandang Mir dan dia tersenyum melihatku. Adohai....Luruh jantung aku melihatnye hihi.... Tiba-tiba Mir memeluk ku. Dan aku terasa seperti mengalami kejutan eletrik dan aku pengsan dalam pangkuan Mir. Aku hanya dapat dengar bunyi sayup-sayup orang memanggil nama Jessica...

Aku terbangun dari tidur. Arghh!!! Sakitnya kepala ku! Sejurus itu aku terlihat ramai orang di sekeliling ku. Ah, Mir! Aku segera bangun dan hendak memeluknya namun tak dapat. Aku gelabah melihat Mir dan ibu bapa ku tidak memberi reaksi ketika aku bangun. Aku bangun dan berlari menuju ke arah mereka tapi...
Aku menangis... Aku sudah tidak lagi berada di badan Jessica! Aku sekarang ialah ROH! Aku menuju ke arah tubuh Jessica yang terbaring lesu. Aku ingin menyentuh pipi Jessica agar aku dapat masuk kembali ke tubuh Jessica. Namun tak dapat. Ku pandang ibu bapa Jessica yang kesedihan. Mir yang murung. Aku mengalah, aku sudah tidak dapat lagi memasuki tubuh Jessica. Aku menyentuh tangan Jessica. Tetiba roh aku ditarik masuk ke dalam otak Jessica.


Di situ, aku terlihat Jessica yang duduk termenung di atas batu. Wajahnya pucat lesi, seperti mayat hidup. Dia menangis. Suasana suram dan agak menyeramkan. Aku perlahan-lahan menuju ke arahnya. Dia hanya memandang aku dan wajah yang cukup menyedihkan.... Aku menangis, hatiku hiba. Aku menyuruhnya kembali bersemangat tetapi Jessica enggan. Akhirnya aku berterus terang bahawa Mir mencintainya. Jessica memandang aku, seraya itu, dia tersenyum. Tetiba suasana yang suram menjadi cerah dan ceria. Wajah Jessica berubah juga, pucat lesi ke arah cantik jelita. Dia sangat gembira. Aku tersenyum. Sejurus itu, roh aku di tolaj dan keluar dari tubuh Jessica. Aku melihat Jessica sudah sedar. Mir dan ibu bapa Jessica gembira dengan kesedarannya. Aku senyum. Sebelum aku pergi, aku melihat Mir buat kali terakhir....

Aku tersedar dari tidur. Adoi!!! sakitnya kepala aku! Aku sudah terbangun dari tidur. Cis! Sape lak yang kejutkan aku huhu~~~ Aku bangun dari katil. Tetiba aku terkejut melihat ibu dan kakak aku berlari menuju ke arahku. Aku terpana. "Mak??? Bie kat sini lah!" aku jerit sekuat hati. Namun mak dan kakak tidak menoleh ke arahku.
 Sebaliknya aku menoleh ke arah katil. Aku menangis. Ya Tuhanku! Kenapa tubuh aku terbaring atas katil sedangkan aku berdiri di tepi katil??? Aku memandang di atas meja. Ya, aku bunuh diri kerana tekanan.. Tekanan yang tiada tandingannya... Maafkan aku.... Aku ialah Roh yang berkeliaran kerana cita dan hajatku tak kesampaian...


THE END



(Cerita ini tiada kena mengena yang hidup ataupun yang mati)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...