★ LAPAN (8) TENTANG CINTA ★


LAPAN (8) KUNCI CINTA KEKAL ABADI




1)      Pilih orang minat yang sama.
2)      Buat baik andai mahu kekasih yang baik.
3)      Sentiasa sedar tiada siapa yang sempurna.
4)      Hargai pendapat si dia.
5)      Memahami situasi si dia yang tidak semestinya bersama kamu sepanjang masa.
6)      Komunikasi yang baik sangat penting.
7)      Jangan biarkan factor luaran seperti stress menjejaskan perhubungan kamu.
8)      Bertolak ansur antara satu sama lain.



 LAPAN (8) ADAT DALAM BERCINTA



1)      Cemburu
-          Cemburu itu tandanya sayang, jadi bukan satu yang luar biasalah apabila dalam bercinta wujudnya perasaan cemburu.

2)      Berselisihan Faham
-          Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan bercinta. Adakalanya perselisihan lah cara untuk kamu dan si dia saling mengenali antara satu sama lain.

3)      Perasaan Bosan
-          Lama bercinta perasaan bosan itu pasti akan wujud dan kerana itulah perlunya variasi dalam perhubungan agar hubungan tidak tertumpu hanya pada satu perkara sahaja.

4)      Halangan & Dugaan
-          Dalam bercinta kalau tidak ada halangan bukanlah bercinta namanya. Jadi jangan takut pada cabaran kerana itu adalah adat dalam bercinta.

5)      Masalah Mencari Keserasian
-          Di besarkan dalam dunia yang berbeza jadi sudah tentulah sukar untuk mencari keserasian. Jadi adatlah dalam bercinta apabila berhadapan dengan masalah apabila mencari keserasian.

6)      Kehadiran Orang Ketiga
-          Adatlah apabila orang bercinta, akan hadirnya orang ketiga. Semua ini adalah dugaan dan kerana itulah perlunya kekuatan untuk melawan kehadiran orang ketiga ini.

7)      Setiap Saat Perlu Di Laporkan
-          Apabila bercinta setiap saat di rasakan sangat penting dan kerana itulah apabila berjauhan sekalipun kamu perlu melaporkan pada si dia apa yang kamu lakukan.

8)      Berkongsi
-          Orang yang di lamun bercinta akan berkongsi semuanya bukan sahaja waktu senang malah waktu susah juga. Jadi jangan peliklah kalau perkongsian merupakan salah satu adat bercinta.


-p/s : semua ni saya taip sendiri tau! sumber di ambil dari majalah lama-



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...